Semangat jenama PLAYAZ sepanjang 19 tahun dalam arena Hip Hop

by Kenny Tan on November 02, 2020

Berani. Unik. Kreatif… dan masih tetap sempoi, trendy, dan true dalam fesyen urban streetwear selama 19 tahun dalam arena Hip Hop.

Nak tahu apa yang istimewa dan lain tentang PLAYAZ dengan jenama-jenama lain di luar sana? 2 things that matter. Consistency in quality and good service – that’s our brand promise we’ve kept since 2001.

Tidak dinafikan fesyen memang seiring dengan muzik, begitu juga dengan muzik turut mempengaruhi fesyen. Muzik Hip Hop bukan sekadar hiburan tetapi juga berunsur sastera dan seni melalui liriknya yang simbolik seperti mana kita mengekspresi diri melalui fesyen.

playaz streetwear malaysia kuala lumpur t shirt 19th anniversary

playaz streetwear malaysia kuala lumpur t shirt 19th anniversary

playaz streetwear malaysia kuala lumpur t shirt 19th anniversary

playaz streetwear malaysia kuala lumpur t shirt 19th anniversary

Sempena meraikan ulang tahun PLAYAZ yang ke-19, PLAYAZ berkolaborasi bersama enam rapper tempatan untuk menghasilkan lagu PLAYAZ yang menjanjikan keunikan dan kelainan dalam satu lagu. Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta, dan YonnyBoii turut bertindak sebagai penggubah lagu ini.

playaz streetwear malaysia kuala lumpur t shirt 19th anniversary

playaz streetwear malaysia kuala lumpur t shirt 19th anniversary


Lagu ini cukup bermakna kerana ianya penuh dengan unsur-unsur positif yang melambangkan gaya estetika Hip Hop melalui fesyen urban streetwear.

Moiz Ali, pengasas dan usahawan jenama PLAYAZ, mengatakan bahawa gubahan dan ciptaan lagu PLAYAZ cukup istimewa kali ini kerana enam rapper masing-masing bereksperimentasi dengan gaya tersendiri untuk mengekspresi persona mereka yang unik. 

playaz streetwear malaysia kuala lumpur t shirt 19th anniversary

"Jenama PLAYAZ dibina ketika arena Hip Hop tempatan berkembang pesat. Kami bekerja keras untuk memenuhi keperluan pasaran bagi fesyen sub-budaya remaja dengan menyediakan produk yang menawarkan gaya mudah, berkualiti tinggi, dan mengikuti trend terkini," katanya.

Semangat kental jenama PLAYAZ selama 19 tahun mendorong kami untuk terus menghasilkan kualiti fesyen urban streetwear untuk fans supportive kami.

Watch the music video here and spread some love:



https://www.youtube.com/watch?v=ivyYkiwDBh4&feature=emb_title

Song Title : PLAYAZ
Artiste: SIQMA, BENZOOLOO, B-HEART, YONNYBOII, DJ T-BONE, KMY KMO & LUCA SICKTA
Executive Producer: Playaz
Composer: Luca Sickta & Playaz
Lyrics : Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, Benzooloo, B-Heart, Yonnyboii
Music Arrangement: Luca Sickta
Mixed & Mastering: Luca Sickta
Video Directed & Produced By: Team Playaz


Single terbitan Universal Music Malaysia ini juga boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, dan Apple Music.

 

BACK TO TOP